Pendapat anti-globalisasi Globalisasi

Rencana utama: Anti-globalisasi

Pengkritik aspek ekonomi globaliasi berhujah bahawa globalisasi bukanlah, seperti penyokongnya dakwa, suatu proses yang mengalir secara semulajadi dan tidak dapat disekat oleh sebab sebab ekonomi semua orang. Pengkritik secara lazimnya menekankan bahawa globalisasi adalah suatu proses yang dimeditasi oleh kepentingan mustahak para elit, dan secara lazimnya pendekatan alternatif dasar-dasar dan institusi-institusi berlainan wujud, yang boleh mengendalikan tuntutan bermoral kelas pekerja dan miskin di seluruh dunia, disamping juga kebimbangan alam sekitar dalam cara yang lebih saksama.Dalam istilah migrasi global yang berkontroversi pula, pertikaian berpusingkan kedua-dua penyebab, iaitu sama ada jika dan setakat apa ia adalah sukarela atau tidak sukarela, perlu atau tidak perlu; dan juga kesannya, sama ada ia bermanfaat atau tidak, dan sebagainya. Penyokong beranggapan bahawa migrasi hanyalah satu proses dimana pekerja kolar putih dan biru boleh pergi dari satu negara ke satu negara lain untuk menawarkan perkhidmatan mereka, manakala pengkritik lazimnya menekankan kesan-kesan negatif seperti pencabulan sekuriti ekonomi, politik dan alam sekitar, dan memetik satu kesan yang dinota, iaitu pertalian antara migrasi dan perkembangan kawasan sesak bandar. Mengikut "Cabaran Kawasan Sesak Bandar" (The Challenge of Slums), satu laporan habitat PBB pada tahun 2003, "ciri-ciri kitaran kapitalisme, dengan penambahan permintaan bagi buruh mahir berlawanan buruh tidak mahir, dan kesan-kesan negatif bagi globalisasi – khususnya, dentuman dan letupan global yang menggalakan pertumbuhan ekonomi yang tidak sama serta pengagihan kekayaan baru yang tidak rata – menyumbang kepada pertumbuhan yang besar kawasan sesak".Program Penyediaan Tempat Tinggal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]</ref>

Pelbagai aspek globalisasi dilihat sebagai berbahaya kepada aktivis kepentingan umum dan pundukung negara nasionalis kuat. Pergerakan ini tidak mempunyai nama. "Anti-globalisasi" adalah istilah yang paling disukai media dan boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan, kerana lazimnya para aktivis menentang aspek atau bentuk khusus globalisasi, tapi bukan globalisasi per se. Para aktivis sendirinya, sebagai contoh, Noam Chomsky, telah berkata bahawa nama ini tidak membawa makna kerana tujuan pergerakan ini adalah untuk menglobalisasikan keadilan. Memang, Gerakan Keadilan Antarabangsa adalah satu nama yang sering diperkatakan. Ramai aktivis juga bersatu dibawah slogan "dunia lain adalah mungkin", yang memberi kepada peningkatan nama seperti altermondialisme (secara tafsiran dunia-lain-adalah-mungkin-isme) dalam bahasa Perancis.

Terdapat pelbagai jenis variasi "anti-globalisasi". Pada amnya, pengkritik mendakwa bahawa hasil globalisasi tidak seperti yang dijanji apabila cubaan untuk meningkatkan perdagangan bebas bermula, dan bahawa ramai institusi terlibat dalam globalisasi tidak mengambil kira kepentingan negara miskin, kelas pekerja dan alam sekitar dalam agenda mereka.

Argumentasi ekonomi oleh ahli teori perdagangan bebas mendakwa bahawa perdagangan bebas tidak berhad akan membawa manafaat kepada yang mempunyai lebih banyak keumpilan kewangan (iaitu yang kaya) dengan diperbelanjaan yang miskin.

Ramai aktivis "anti-globalisasi" melihat globalisasi sebagai promosi agenda koperat yang mahu tetap menyekat kebebasan invididu dalam nama keuntungan. Mereka juga mendakwa bahawa autonomi dan kuasa entiti koperat yang semakin besar juga semakin membentuk polisi politik negara-negara bangsa.

Sesetengah kumpulan "anti-globalisasi" mengemukakan argumentasi bahawa globalisasi ada secara sifatnya imperialistik dan adalah satu dalang disebalik perang Iraq dan memaksa wang simpanan supaya memasuki Amerika Syarikat dan bukannya negara membangun; dan ia dipercayai oleh sesetengah pemerhati bahawa Amerika Syarikatlah antara negara-negara sedikit (jika tidak satu-satunya) negara yang betul-betul meraih manfaat daripada globalisasi.

Sesetengah lagi pula berhujah bahawa globalisasi mengenakan ekonomi berdasarkan kredit dan seterusnya menghasilkan peningkatan hutang kerajaan yang tidak stabil dan krisis hutang.

Krisis kewangan di negara-negara Asia Tenggara yang bermula dalam ekonomi berhutang Negara Thai dan terus menular ke Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan dan seterusnya dirasai diseluruh dunia, mendemonstrasikan risiko-risiko baru dan volatiliti dalam pasaran global yang kerap bertukar. Pakej-pakej 'pertolongan' IMF yang mengenakan syarat-syarat politik (seperti pengenaan sekatan terhadap perbelanjaan kerajaan) dilihat sebagai pengkritik sebagai cubaan mencabuli kedaulatan negara dalam bentuk neo-penjajahan. Aktivis anti-globalisasi menunjuk kepada peleburan-peleburan ini sebagai bukti kos tinggi kemanusiaan oleh ekonomi global yang tidak bertimbang rasa.

Penambahan undang-undang dan tekanan terhadap keamanan dengan pengurangan campur tangan kerajaan adalah bertujuan untuk melindungi kekayaan dan perniagaan.

Bantahan utama terhadap globalisasi tampa had (kapitalisme laissez-faire neoliberal) dikawal oleh kerajaan-kerajaan dan apa yang didakwa sebagai quasi-kerajaan seperti Dana Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, dan seterusnya tidak dipertanggungjawabkan kepada penduduk yang mereka perintah dan sebaliknya lebih mewakili kepentingan badan koperat. Ramai persidangan antara menteri perdagangan dan kewangan di negara-negara pusat globalisasi sekali-sekala dikejutkan dengan protes-protes ganas pembangkang "globalisme koperat".

Sesetengah aktivis "anti-globalisasi" membantah kepada hakikat bahawa "globalisasi" kini mengglobalisasikan wang dan badan koperat, tetapi tidak orang dan kesatuan pekerja. Ini boleh dilihat dalam kawalan imigrasi yang ketat dalam hampir semua negara, dan kekurangan hak buruh dalam banyak negara dunia membangun.

Satu lagi kumpulan yang lebih konservatif adalah para nasionalis pendukung kuat negara dan menentang globalisasi sebagai memusnahkan peranan negara dalam politik global dan menunjuk kepada pertubuhan bukan kerajaan sebagai mengambil semakin banyak kuasa negara-negara individu. Para penyokong waran ini adalah Pat Buchanan dan Jean-Marie Le Pen.

Gerakan ini amat meluas merangkumi kumpulan gereja, puak-puak pembebasan kebangsaan, parti politik sayap kiri, aktivis lindungan alam sekitar, kesatuan petani, kumpulan anti-perkauman, ahli anarki, mereka yang menyokong pertempatan semula dan lain-lain. Kebanyakannya adalah bersifat reformasi (mahukan kapitalisme yang lebih berkemanusiaan) manakala lainnya bersifat revolusi (mahukan satu sistem yang lebih berkemanusiaan daripada kapitalisme). Ramai telah mengeluh kekurangan kesatuan dan arah dalam gerakan ini, tetapi sesetengah seperti Noam Chomsky mendakwa bahawa kekurangan ini mungkin merupakan satu kekuatan.

Bantahan-bantahan oleh gerakan keadilan global telah memaksa perjumpaan antarabangsa dari bandar-bandar besar kepada tempat terpencil dimana tunjuk perasaan besar-besaran tidak dapat diadakan secara praktikal.

Block quote

Rujukan

WikiPedia: Globalisasi http://globalization.about.com/od/greatarticles/a/... http://borderbuster.blogspot.com http://www.latinbusinesschronicle.com/reports/repo... http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleUR... http://www.theglobalist.com/DBWeb/StoryId.aspx?Sto... http://fbc.binghamton.edu/iwtrajws.htm http://www.columbia.edu/~xs23/papers/worldistribut... http://plato.stanford.edu/entries/globalization/ http://www.uiowa.edu/ifdebook/issues/globalization... http://web.archive.org/web/20000818090652/http://w...